Baby Blue Pointer Wavy Tail

Thursday, November 10, 2011

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

Baru-baru ni, sedang aku tengah surf internet...terjumpa lah pulak benda favorite aku kat satu entry ni...space yang aku tengah surf tu memang menarik Beta.my...so, aku terus follow tweet.tweet Beta.my...follow la kawan-kawan banyak info ni..:). Kalau dah banyak sangat info yang aku dah suka and attracted dalam space tu, especially pasal contest ni...memang dah lama kutunggu peluang sebegini 

Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh mynewshub

Seriously, aku dah lama sangat dah mengidam dengan Samsung Galaxy ni. Samsung Corp. ada marketkan macam-macam model Samsung Galaxy. Ada Samsung Galaxy Ace, ada Samsung Galaxy S Hopping, ada Samsung Galaxy S Plus, ada Samsung Galaxy Mini and macam-macam lagi lah. Tapi kenapa dalam banyak-banyak Samsung Galaxy tu aku tertarik dengan Samsung Galaxy S II??? Kenapa??? Aku pun tertanya-tanya...
Aku pun berfikirlah sejenak. Bukan sejenak, masak juga nak berfikir ni...macam tengah study UNIT OPERATION punya subjek la pula.

So the reasons, aku nak Samsung Galaxy S II sebab:

1. Aku suka dan dah jatuh hati sangat-sangat dengan functions and features yang disediakan, walaupun sekarang keluaran Samsung semakin banyak kat pasaran.Yang semakin lama semakin tarik aku ke lembah mimpi dengan lautan Samsung ni...

2. Buat masa sekarang ni, dalam survey aku untuk 2 tahun ni, hanya Samsung Galaxy S II adalah limited model yang aku mampu nak capai...itu pun mungkin mengambil masa dalam dua tahun lagi untuk dapat phone macam SGSII.

3. kat mata aku Samsung Galaxy S II ni memang superb. la...mana ke tak nya, cuba try test tengok, cerita-cerita drama or film korea...semiskin-miskin and sekaya-kaya watak, confirm pakai Samsung Galaxy S II. tak ke berpinar biji mata aku tengok... Setiap kali scene, mesti nampak Samsung Galaxy S II...sekali scene phone berbunyi, nampak Samsung Galaxy S II, ada scene dapat SMS pun, nampak Samsung Galaxy S II..ternganga mulut tak mau tutup, terbeliak mata lah kalau dah tersangkut kan... kes demam cinta dengan Samsung Galaxy S II ni...
Kalau lah aku dapat Samsung Galaxy S II ni, tercapai lah impian aku macam slot ciptaan aku ni...
Kalau ikutkan aku banyak sebenarnya reasons why i want this Samsung Galaxy S II.
4. Aku suka online 24/7. So dengan adanya Samsung Galaxy S II ni, dapat lah jugak aku online kat mana-mana pun. Update status, update entry, update tweets dari artis-artis Korea kegilaan aku and yang pastinya boleh la aku blogwalking terus blog-blog yang aku suka nak update 24/7... especially blog aku sendiri...sky of my heart (sambil promote blog sendiri sikit...)

5. Samsung adalah the best choice brand product. Ini bukan kes nak bodek Samsung Corp. or nak lupakan brand tempatan kite tapi seriously, aku memang puas hati dengan product Samsung and customer services mereka. It's only my opinion. 

6. Kalau boleh aku nak rakam video setiap saat -saat indah dalam sisa-sisa hidup aku bersama dengan kawan-kawan aku. Gelak tawa diorang, teringin jugak nak rakam suara sendiri time menyanyi and teringin jugak nak main music instruments yang boleh aku install dalam SGSII tu nanti...tak payah nak berebut guitar time practice dengan abang2 and adik aku kan...

This maybe the last reason, 
7. Aku dah tak larat dah nak pakai phone Samsung aku yang lama ni...button keypad dah nak cair (punya lah dah lama pakai)...nak beli, duit tak ada lagi...ye la student lagi kan...kumpul-kumpul duit, tak pernah nak cukup...

p/s: Boleh ke sesiapa ubah nasib aku ni? Ada ke sesiapa yang boleh ubah impian aku ni untuk jadi kenyataan?

Yang penting, usaha jangan pernah berhenti...
jangan pernah putus asa...
USAHA=HASIL= yeay.yeay...SAMSUNG GALAXY S II (tunggu lagi 2 tahun)









Cuteki cute