Baby Blue Pointer Wavy Tail

Tuesday, May 31, 2011

Saya Suka Awak Sangat-sangat (part 3)

Setelah berbulan-bulan, perasaan itu semakin kuat bergoncang. Beban perasaan itu di hati Dania Qaisyara semakin bertambah. Suatu hari, ada berita dari Aqilla Saira tentang Daniel Asyraf yang dilaporkan kepada Dania Qaisyara.
“Isya, tahu tak? Hari ini, Daniel demam. Waktu kelas prep tadi banyak kali dia nak muntah. Asyik keluar masuk tandas je. Waktu sekolah siang tadi pun, dia asyik tidur saja, Isya. Kasihan pula, akak tengok dia.” lapor Aqilla Saira kepada Dania Qaisyara, seolah-olah sengaja menguji perasaan Dania Qaisyara terhadap Daniel Asyraf.

“ Hah, teruk ke akak? Ya Allah, macamana ni? Exam dah nak dekat kan, kak?” terkejut Dania Qaisyara mendengar berita itu. 

“O ho…sayang rupanya. Berbulan-bulan senyap rupanya berisi.” Sakat Aqilla Saira dengan senyum sinisnya.

“Eh, akak ni. Kalau orang yang saya kenal sakit. Macam tu la reaksinya kan. Cuma yang beza kat sini, dia tak kenal saya saja.” 

“ Isya, akak rasa baik Isya kenal-kenal dengan dia dulu. Lagipun, sementara akak ada ni kan. Akak boleh tolong-tolong apa yang patut.” Cadang Aqilla Saira.

“ Tapi kak….”

“Apa yang tapinya, sayang?”

“Layak ke saya? Dia macam baik sangat je.”

“ Isya, tapi Isya kena ingat satu perkara. Dekat dunia ni, sebaik-baik lelaki atau perempuan tu ada juga cacat celanya. Maksud akak, ada kekurangan dia yang tersembunyi kat belakang kelebihan yang Isya ataupun akak sendiri nampak. Isya cuma perlu cuba dulu. Kalau berkawan saja dulu, apa salahnya kan. Kalau tak ada jodoh, anggaplah itu semua lumrah hidup, adik. Ini baru yang pertama Isya belajar, masih jauh jalan liku dalam soal ini yang perlu Isya faham. So, Isya kenalah belajar sedikit, kay.”

“ Okey, akak. Apa yang akak rasa terbaik, saya ikut saja kak.”

“Tapi Isya kena ingat yang cinta dan lelaki itu bukan segalanya kat dunia ni. Yang penting, ingat Allah, family Isya dan juga pelajaran. Jangan pernah Isya lalai disebabkan hal ini.”

“ Baik kak”

“ Esok, kalau Daniel datang kelas. Akak cakap kat dia yang ada orang kirim salam tau, dan harapkan dia supaya cepat sembuh. Kalau dia tanya siapa, akak jawab la Isya. Okey?” gigih dan riangnya Aqilla Saira untuk membantu Dania Saira supaya dapat berkenalan dengan Daniel Asyraf. 

Bersambung….

No comments:

Cuteki cute