Saya Suka Awak Sangat-sangat (part 1)

Senyum sinis pemuda itu telah membawa fikiran Dania Qaisyara melayang ke waktu silamnya, waktu di saat perasaannya untuk pemuda itu masih segar di dalam hati. Di saat itu jugalah Dania Qaisyara mula mendapat senyuman pertama dari pemuda itu, senyuman yang dapat membuat Dania Qaisyara tersenyum kembali walaupun ada luka yang masih berdarah di hatinya.

Pertama kali Dania Qaisyara terlihat pemuda itu, senyuman yang terlakar di wajah Daniel Asyraf membuatkan Dania Qaisyara sama-sama tersenyum. Dari senyuman itulah, bermulalah keberanian Dania Qaisyara memuncak untuk berkenalan dengan Daniel Asyraf. Secara kebetulannya, rakan sebilik Dania Qaisyara, Aqilla Saira merupakan rakan sekelas Daniel Asyraf. Setelah mendengar kisah sebak dalam kehidupan Aqilla Saira, lantas Dania Qaisyara membuat keputusan untuk melepaskan Daniel Asyraf kepada Aqilla Saira, kerana baginya persahabatan adalah segala-galanya dan Aqilla Saira mungkin lebih membutuhkan lelaki seperti Daniel Asyraf pada waktu sekarang.

“Kak Aqilla, akak jangan marah tau kalau Isya beri cadangan ini.”
“Apa dia Isya? Tak ada apa akak nak marah. Dah Syafiq nak buat akak macam ini tapi kehidupan akak mesti diteruskan jugak, kan?”

“Akak, kalau Syafiq betul-betul tak ada kat dunia ini. Isya akan kenalkan akak dengan lelaki yang bagi Isya, dia betul-betul sesuai dengan akak. Walaupun akak satu kelas dengan dia.”  Dania Qaisyara tersenyum

“Siapa dia yang malang tu, Isya? Isya tak kasihankan dia ke kalau dia bercouple dengan akak?”

“Apa pulak yang nak dikasihankan, kak? Isya rasa dia yang pendiam tu memang sesuai dengan akak yang happy selalu ni? Apa-apa pun akak mesti kuatkan semangat pasal masalah Syafiq tu. Isya rasa dia boleh sihat balik so, akak banyak-banyak berdoa. Okay?” Dania Qaisyara tak mengharapkan penerimaan dari Aqilla Saira, cuma dia mengharapkan untuk mengetahui nama pemuda itu.

“Apalah Isya ini. Akak akan okey saja. Tapi siapa nama lelaki yang Isya cakapkan tu? Siapa nama dia? Setahu akak dalam kelas akak tak ada budak lelaki yang senyap.”

“Hehehe. Maafkan Isya kak. Isya tak kenal pun dia siapa. Tapi dah lama Isya tengok dia dari jauh. Sejak dia mula masuk sekolah kita ni. Pasal dia satu kelas dengan akak pun, sebab hari tu Isya ternampak dia berjalan dalam kelompok kelas akak masa Isya ke tandas. Kalau tak silap, last week?” terang Dania Qaisyara kepada Aqilla Saira.

“Yang mana satu, Isya?”

“ Dia tinggi-tinggi. Dia pakai spek mata. Kalau tak silap, dia librarian. Daripada pandangan Isya la kan kak, dia tu nampak macam pendiam and kalau waktu riadah tu, dia selalu main dengan budak-budak sebab Isya selalu nampak dia main dengan budak-budak form 1. Kenal tak kak? Kalau tak dapat bayangan lagi, nanti kat dewan makan Isya tunjukkan orangnya. Itupun kalau ternampak lah.” tersenyum Isya dengan ghairah menerangkan kepada seniornya itu. 

Bersambung…..

Comments

Popular posts from this blog

ianya kerana suatu kesan