It's all about friendship...

Maybe aku terlalu setia dengan persahabatan...kerana aku tak boleh hidup tanpa kawan, kerana persahabatan membuat aku tersenyum dan ketawa dengan kenangan yang kita pernah ukir...

tapi kawan...ini keluhan hati aku ttg kamu...

dalam hati, aku sayangkan kamu,
kerana kamu yang buat aku terasa hidup di sini...
di tempat yang mula-mula aku tak mahu jejak...
terlalu banyak yang telah kau bantu...

tapi apabila mula mengenalimu...
kepercayaan aku beri...
kesetiaan aku pegang...

mungkin dah terlalu lama...
kau semakin menghilang...
segalanya kian terpadam...

kepercayaan yang di kumpul kian kabur...
keraguan yang hadir semakin jelas...
kesetiaan ku pegang semakin rapuh...

dan kadang-kadang...
kata-katamu, semakin jauh dari keikhlasanmu...
dari lubuk hatimu...

kawan,
Mana kamu yang sewaktu hari pertama aku kenal kamu...
kawan aku rindu kamu yg dulu,
Tak perlu cipta kebohongan untuk membina persahabatan...
kerana sebuah persahabatan itu terlalu indah sayang...

Percayalah...
dalam persahabatan..
kita perlukan kesetiaan...
dan dalam kesetiaan...
kita perlukan kepercayaan...
sama seperti cinta kerana persahabatan juga untuk selamanya...

p/s: aku syg kamu...biarpun kadang aku rasa sakit dengan kamu...terima kasih kawan atas kenangan...
aku maafkan segalanya...kerana aku masih pilih setia...



Popular posts from this blog

abah, kami rindu abah sangat-sangat...