Baby Blue Pointer Wavy Tail

Wednesday, January 11, 2012

kisah girl A yang setia tapi selalu memperbodohkan diri dia kerana cinta...

ada seorang girl ni, girl A..dia fallen for someone "a guy B" in first sight love...sejak pandangan dengan senyuman pertama tu, fuiyoooo...dia dah angau dah dalam 7 hari seminggu oooo 24-7 kot ...pelbagai cara dia try nak berkenalan dengan guy B tu...kadang-kadang dia rasa bersyukur juga dengan perkataan "kebetulan"...yang mana "kebetulan" lah yang dah bawa diorang berdua ni menjadi kawan...

walaupun, dalam persahabatan diorang ada sedikit unik, "hanya setiap bulan, lembaran kertas yang menjadi penghubung antara mereka" tapi itu dah cukup menggembirakan untuk girl A...sampailah suatu saat...girl A kena terima hakikat yang setiap pertemuaan pasti akan berakhir dengan perpisahan...perpisahan itu girl A akhiri dengan luahan...*ameeekau* pitam sekejap dengar jawapan dr dy kan...girl A still ingat lagi apa alasan guy B
...*aku tak bersedia lagi untuk semua ni, diri aku sendiri pun aku tak boleh nak jaga...ini kan nak jaga dia...(bagus lah alasan guy B) 

sejak dari hari tu, girl A tu memang menyesal gila sal luahan tu...dia memang rasa nak lari jauh-jauh...tapi setakat keluar dari negeri dia sendiri je la dia mampu...nak keluar dari malaysia karang tak layak pulak kan...

lepas bertahun-tahun cari pengganti...*disebabkan girl A ni memang low profile sampai tahap kampung gila-gila...memang tak ada siapa lah yang nak kan*..."kebetulan" & takdir sekali lagi menentukan girl A and guy B untuk bertemu...tapi dalam "kebetulan" & takdir tu, hati girl A and guy B tak lagi macam dulu...persahabatan memang dah jauh dari hidup diorang. inikan pula kalau girl A nak rapat-rapat lagi dengan guy B...tapi setahu aku lah seboleh-bolehnye girl A nak mengelak dari tengok muka guy B...dia memang tak boleh tengok muka and senyuman guy B...kalau tak rasa cinta tu mesti rasa kembali...*cinta monyet la katakan...tapi yang aku tengok lah kan...kalau dia tak tengok, angau and asyik termenung je...ish.ish, tak faham aku...

bila guy B tu dah tak wujud dalam circle hidup girl A...bukan guy B je yang tak wujud...perkataan yang namanya cinta tu pun girl A memang tak percaya dah...pastu, muncul lah seorang guy C yang datang dan cuba untuk menjadi pengganti...tetapi kerana kebodohan dan kesetiaan dia pada guy B tadi...dia jadi lalai dengan perangai ambil berat guy C...

pesanan yang nak sangat girl A tu cakap...:

Kepada orang yang baru nak mengenali cinta:

jangan terlalu bodoh kerana cinta...
cinta tu takkan datang kalau diraih-raih, melainkan cinta itu dari Allah...
kerana Allah boleh mencintai seluruh alamNya...tetapi manusia, mereka boleh hipokrit dan pilih siapa yang mereka mahu...

Kepada guy B:

seriously, girl A masih suka kamu, risaukan kamu...dan sentiasa mahu cari tahu tentang kamu...
dia dah tak tahu nak buat apa and macamana supaya dia boleh lupakan kamu...macam-macam cara dah dia buat...kadang-kadang dia rasa bersalah sangat-sangat sebab mengganggu hidup kamu dulu...

kalau kamu rasa kamu tak sukakan dia...aku harap kamu berterus-terang supaya dia tak lagi mengejar kamu even dalam tidurnya, atau dalam tangisannya...dia pasti memaafkan kamu sekiranya kamu berterus-terang...
Mungkin itu adalah satu-satunya cara dia untuk melupakan kamu...kadang-kadang tamparan yang berat tu, boleh membuat seseorang itu melupakan sejarah hitamnya...jiayou guy B, buat la girl A bahagia biarpun kamu tak perlukan dia...sebagai teman mungkin...

Kepada guy C:

girl A nak minta maaf banyak-banyak...memang girl A tak pernah bercinta tapi dia pernah melalui bagaimana rasanya cinta tu...kadang-kadang, aku fikir bukan salah girl A juga dalam hal ni...girl A cuma mahu menjadi diri dia...kerana dia percaya kalau dia jadi orang lain, pasti dia akan menyesal berkenalan dengan kamu, guy C...

kalau dia diberi peluang kedua mungkin, dia akan lebih menghargai...tapi cuba lah menerima dirinya seadanya...biarkan perubahan dalam diri dia, adalah kemahuan dia sendiri...ingat prinsip perempuan bercinta lain, mereka mungkin keras dan tegas, tetapi mereka menghargai kamu...





No comments:

Cuteki cute