aku berdiam diri kerana suatu hal yang terkesan benar - benar terkesan... mungkin bisa memaafkan, juga mungkin bisa meredhai... namun salahkah hati aku sekiranya menjauh... apakah salah hati aku andai ingin lari dari kesan yang lama, kesan yang aku begitu takut ianya terjadi berulang kali... cukup... mungkin cukup... aku tidak lagi mahu menitiskan airmata, gelisah memikir apa yang tidak lagi bermakna untuk aku fikirkan... bermaknakah aku bagi engkau yang sentiasa menyakitiku, kau anggap apa hati aku... salahkah aku andai aku menjauh..jika itu boleh membahagia kamu, juga membahagiakan aku aku memaafkan mu... aku meredhai segala kenangan yang lalu... tapi persahabatan kita mungkin hanya sampai disini... Aku tidak lagi mahu kecewa atas nama persahabatan... Ya. Ya sungguh aku kebudak-budakan... tapi hati aku bukan untuk diperkotak katikkan... Terima Kasih Teman... Terima Kasih Sahabat... Aku maafkan kau, aku redha segala tutur dari bibirmu... Till Allah brin
Kelmarin, aku blogwalking kat souteen.blogspot.com (along aku punye blog) ada entry baru and lagu baru yang dia siapkan. lagu ABAH... Katanya dia hidupkan balik lirik yang dah lama dia tulis masa dia belajar dulu sempena HARI BAPA yang lepas. Lirik itu ditulis selepas perginya Ayahanda tersayang kami. Bila dah dengar lagu ni teringat balik, masa saat-saat aku tak boleh terima bahawa abah yang merupakan satu-satunya bapa yang aku ada dah pergi menuju kembali pada Maha Pencipta. Al-fatihah...mungkin Allah lebih menyayangi dia. Aku harus redha dan terus bertabah untuk ujian yang seterusnya. Terima Kasih ABAH, atas segala pengorbanan yang telah abah berikan pada kami sejak kecil. Segala jasa abah tak mungkin terbalas kerana kasih sayang dan pengorbananmu begitu bermakna untuk kami sekeluarga. ini lah lagu yang telah di'compose' oleh abang aku...hayatilah yer kawan-kawan... p/s buat kawan-kawan: hargailah bapa anda seperti mana anda menghargai ibu anda...kerana mereka juga
Comments
bzbody jap..huhu