abah, kami rindu abah sangat-sangat...

Kelmarin, aku blogwalking kat souteen.blogspot.com (along aku punye blog) ada entry baru and lagu baru yang dia siapkan. lagu ABAH...

Katanya dia hidupkan balik lirik yang dah lama dia tulis masa dia belajar dulu sempena HARI BAPA yang lepas. Lirik itu ditulis selepas perginya Ayahanda tersayang kami. Bila dah dengar lagu ni teringat balik, masa saat-saat aku tak boleh terima bahawa abah yang merupakan satu-satunya bapa yang aku ada dah pergi menuju kembali pada Maha Pencipta. Al-fatihah...mungkin Allah lebih menyayangi dia. Aku harus redha dan terus bertabah untuk ujian yang seterusnya.

Terima Kasih ABAH, atas segala pengorbanan yang telah abah berikan pada kami sejak kecil. Segala jasa abah tak mungkin terbalas kerana kasih sayang dan pengorbananmu begitu bermakna untuk kami sekeluarga.

ini lah lagu yang telah di'compose' oleh abang aku...hayatilah yer kawan-kawan... 


p/s buat kawan-kawan: hargailah bapa anda seperti mana anda menghargai ibu anda...kerana mereka juga insan yang telah memberi nyawa untuk kita dilahirkan ke dunia. hargailah mereka sementara mereka masih ada. SEBELUM berlakunya penyesalan apabila mereka telah tiada...

Comments

Popular posts from this blog

ianya kerana suatu kesan