Saya Suka Awak Sangat-sangat (part 2)

Keesokan harinya.

Makan malam sudah tiba. Di dewan makan.

“Ha. Kak Qilla, tu la orangnya.” Isya pandang ke arah lelaki yang telah menarik perhatiannya selama ini. Tapi tarikan itu terpaksa Dania Qaisyara korbankan demi persahabatannya sendiri.

“Oh, Daniel Asyraf kah? Kalau tak silap akak, dia tu memang pendiam. Manja lagi. Oh, dia lah yang Isya spying selama ni ye.”

“Mungkin kot. Isya tak tahu nama dia. Isya cuma kenal muka dia je kak. Mana ada kak. Isya nak pass dia kat akak ni. Usaha kay?” Dania Qaisyara cuba untuk menutup perasaannya selama ini yang mekar.

“Isya, dengar ni. Akak mungkin takkan sukakan siapa-siapa selain Syafiq. Sebab akak dah lama kenal dia. It’s already four years, sayang. Tak mungkin mudah untuk akak berubah arah. Kalau Isya dah sukakan Daniel Asyraf tu, boleh lah akak tolong-tolong apa yang patut.”

“Tak adalah akak. Isya tak kisah pun kalau tak kenal siapa dia tapi kenapa Isya rasa macam tertarik dengan dia. Tapi Isya tak ready lagi untuk berada dalam hubungan dua pihak ni. Dah kenal nama pun dah cukup.” tolak Dania Qaisyara, namun hatinya ada sedikit riang kerana dia sudahpun berpeluang mengenali lelaki asing yang selama ini hanya dapat dilihatnya dari jarak jauh.

“Okey, Isya. Akak takkan paksa Isya untuk belajar benda bodoh ni. Tapi kalau perasaan tu membebankan fikiran dan hati Isya, Isya boleh berkongsi dengan akak, okey?” Aqilla Saira memang sentiasa memberi kekuatan kepada Dania Qaisyara biarpun dalam bidang akademik sekalipun.

Sebelum tidur, Dania Qaisyara memang sentiasa membuka dan mengisi teman hatinya, sejak pintu hatinya diketuk oleh bayangan seorang lelaki. Diari Hati Dania Qaisyara. Di dalam diari itu, tertulis segala bingkisan dan luahan hati Dania Qaisyara. 

<BINGKISAN DAN LUAHAN HATI DANIA QAISYARA>

-Berpeluangkah aku berkenalan dengan dia?
 Layakkah aku?-

Bersambung…

Comments

Popular posts from this blog

ianya kerana suatu kesan

Tetap Kosong