Posts

Tetap Kosong

bekas yang ku sisa untukmu masih lagi belum terisi  ianya tetap kosong  belum terisi dengan kata kata mu perbuatanmu  yang buat aku mengerti  apa situasi sebenar hatimu  aku berharap bukan paksaan dirimu aku juga berharap bukanlah simpati di hatimu  sekiannnnnnn

Ruang Yang Tertinggal

Image
ruang untuk sedikit luahan... selain ruang yang ku guna untuk ku berbicara denganNya... mungkin ada sahabat, tapi belum tentu memahami, mungkin ada yang memahami, tapi belum tentu merasai. mungkin ada kekasih, tapi belum tentu setia mengerti, mungkin sentiasa ada disisi untuk menyatakan dia akan sentiasa wujud, tapi dia belum mungkin dapat mengisi suatu ruang kosong dalam hati.  ya, ruang itu diisi... tapi kau isi dengan harapan yang begitu menggunung... tapi kenapa kenapa aku tetap rasa kosong... mungkin ruang itu harus ku isi dengan Benih Iman...

ianya kerana suatu kesan

aku berdiam diri kerana suatu hal yang terkesan benar - benar terkesan... mungkin bisa memaafkan, juga mungkin bisa meredhai... namun salahkah hati aku sekiranya menjauh... apakah salah hati aku andai ingin lari dari kesan yang lama, kesan yang aku begitu takut ianya terjadi berulang kali... cukup... mungkin cukup... aku tidak lagi mahu menitiskan airmata, gelisah memikir apa yang tidak lagi bermakna untuk aku fikirkan... bermaknakah aku bagi engkau yang sentiasa menyakitiku, kau anggap apa hati aku... salahkah aku andai aku menjauh..jika itu boleh membahagia kamu, juga membahagiakan aku aku memaafkan mu... aku meredhai segala kenangan yang lalu... tapi persahabatan kita mungkin hanya sampai disini... Aku tidak lagi mahu kecewa atas nama persahabatan... Ya. Ya sungguh aku kebudak-budakan... tapi hati aku bukan untuk diperkotak katikkan... Terima Kasih Teman... Terima Kasih Sahabat... Aku maafkan kau, aku redha segala tutur dari bibirmu... Till Allah brin

Ajarkan aku

Ajarkan aku untuk aku meredhai segala perkara, Ajarkan aku untuk aku meredhai segala ketentuanNya Ajarkan aku supaya aku lebih tenang di masa hadapan Tiada siapa yang boleh memaksa menentukan, melainkan hanya Allah sahaja yang menentukan segala-galaNya. xoxo, han

Minda

Aku penat.  penat sangat sangat. penat. lelah dengan diri sendiri.  sebab tak memahami diri sendiri.  penat bila fizikal rasa sakit tapi minda masih mampu bertahan.  minda mampu bertahan. maka badan tak sempat melepaskan lelah.  minda tak dapat membaca rasa sakit.  minda tak dapat merasa lelahnya badan dalam sehari hari. minda yang tak dapat memahami apa itu sensibility. sekian  dari minda yang lelah  

Kenapa rasa camni?

😣😣 kenapa rasa camni, Ya Allah..😑😑

Hak...

Kerana tiada ikatan, hak apa yang perlu aku pertahankan. Bimbang apa yang aku cuba pertahankan, Allah tidak lagi meredhai. Doa, hanya doalah cara aku pertahankan hubungan kita. kerana hati tu milik Allah,  Dia yang membolak balikkan hati kita. Dia pemilik segala cinta. Terima Kasih Ya Allah kerana Kau sentiasa mendengar & memakbulkan doaku tepat pada waktunya. Andai dia jodohku, kekalkanlah perasaan ini,  Jika dia baik untukku, untuk Agamaku, untuk keluargaku, permudahkanlah Ya Allah... Perkenanlah apa yang kami doakan, yang kami rancang.