Posts

Showing posts from May, 2011

Saya Suka Awak Sangat-sangat (part 3)

Setelah berbulan-bulan, perasaan itu semakin kuat bergoncang. Beban perasaan itu di hati Dania Qaisyara semakin bertambah. Suatu hari, ada berita dari Aqilla Saira tentang Daniel Asyraf yang dilaporkan kepada Dania Qaisyara. “Isya, tahu tak? Hari ini, Daniel demam. Waktu kelas prep tadi banyak kali dia nak muntah. Asyik keluar masuk tandas je. Waktu sekolah siang tadi pun, dia asyik tidur saja, Isya. Kasihan pula, akak tengok dia.” lapor Aqilla Saira kepada Dania Qaisyara, seolah-olah sengaja menguji perasaan Dania Qaisyara terhadap Daniel Asyraf. “ Hah, teruk ke akak? Ya Allah, macamana ni? Exam dah nak dekat kan, kak?” terkejut Dania Qaisyara mendengar berita itu.  “O ho…sayang rupanya. Berbulan-bulan senyap rupanya berisi.” Sakat Aqilla Saira dengan senyum sinisnya. “Eh, akak ni. Kalau orang yang saya kenal sakit. Macam tu la reaksinya kan. Cuma yang beza kat sini, dia tak kenal saya saja.”  “ Isya, akak rasa baik Isya kenal-kenal dengan dia dulu. Lagipun, sementara akak ada ni

Saya Suka Awak Sangat-sangat (part 2)

Keesokan harinya. Makan malam sudah tiba. Di dewan makan. “Ha. Kak Qilla, tu la orangnya.” Isya pandang ke arah lelaki yang telah menarik perhatiannya selama ini. Tapi tarikan itu terpaksa Dania Qaisyara korbankan demi persahabatannya sendiri. “Oh, Daniel Asyraf kah? Kalau tak silap akak, dia tu memang pendiam. Manja lagi. Oh, dia lah yang Isya spying selama ni ye.” “Mungkin kot. Isya tak tahu nama dia. Isya cuma kenal muka dia je kak. Mana ada kak. Isya nak pass dia kat akak ni. Usaha kay?” Dania Qaisyara cuba untuk menutup perasaannya selama ini yang mekar. “Isya, dengar ni. Akak mungkin takkan sukakan siapa-siapa selain Syafiq. Sebab akak dah lama kenal dia. It’s already four years, sayang. Tak mungkin mudah untuk akak berubah arah. Kalau Isya dah sukakan Daniel Asyraf tu, boleh lah akak tolong-tolong apa yang patut.” “Tak adalah akak. Isya tak kisah pun kalau tak kenal siapa dia tapi kenapa Isya rasa macam tertarik dengan dia. Tapi Isya tak ready lagi untuk berada dalam hubun

Saya Suka Awak Sangat-sangat (part 1)

Senyum sinis pemuda itu telah membawa fikiran Dania Qaisyara melayang ke waktu silamnya, waktu di saat perasaannya untuk pemuda itu masih segar di dalam hati. Di saat itu jugalah Dania Qaisyara mula mendapat senyuman pertama dari pemuda itu, senyuman yang dapat membuat Dania Qaisyara tersenyum kembali walaupun ada luka yang masih berdarah di hatinya. Pertama kali Dania Qaisyara terlihat pemuda itu, senyuman yang terlakar di wajah Daniel Asyraf membuatkan Dania Qaisyara sama-sama tersenyum. Dari senyuman itulah, bermulalah keberanian Dania Qaisyara memuncak untuk berkenalan dengan Daniel Asyraf. Secara kebetulannya, rakan sebilik Dania Qaisyara, Aqilla Saira merupakan rakan sekelas Daniel Asyraf. Setelah mendengar kisah sebak dalam kehidupan Aqilla Saira, lantas Dania Qaisyara membuat keputusan untuk melepaskan Daniel Asyraf kepada Aqilla Saira, kerana baginya persahabatan adalah segala-galanya dan Aqilla Saira mungkin lebih membutuhkan lelaki seperti Daniel Asyraf pada waktu sekarang.

seminggu shortsem^^

dah seminggu berlalu, apa perasaannya...hurm bosan n tertekan...tp semua tu need patience kan... sabo jer la bebanyak... igt!!! "biar apa org org nk pk, or ckp, or mengata... yg penting kita tw apa yg kita wat tu betul ke salah... kita ada hak tuk diri kita... tu je..."